RPH kesihatan dan Refleksi

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) PELAJARAN :

Tema                                        :  Mari Bertani
Tajuk                                        :  Kisah Rambutan dan Tembikai
Tarikh                                       :  13 hb Jun 2011
Masa                                        :   8.00 – 9.00 pagi
Bilangan murid                           :   20 orang
Bidang pembelajaran                  :   Buah-buahan tempatan
Objektif pembelajaran                 :   Bercerita menggunakan bahasa yang santun.
Hasil pembelajaran                    :   Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :
a)       Bercerita dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.
b)       Menggayakan aksi rambutan dan tembikai dengan kreativiti masing-masing.
c)       Merasa bersyukur dengan kebolehan dan kepandaian diri sendiri.
Konsep /prinsip/okum/teori        :   Insaf, syukur
Bahan, peralatan dan bahan
sumber                                     :   Kad gambar bersiri,  kad ayat tunggal, lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada              :   Murid pernah makan tembikai dan rambutan.

Fasa

Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan /Mencungkil idea
( 5 min)
Kartun konsep
-Guru memaparkan gambar bersiri mengenai Kisah Rambutan dan Tembikai.
- Cungkil pemahaman murid mengenai gambar yang dilihat.
- Murid memberi respon.
Strategi / teknik :
Penyoalan seluruh kelas menggunakan kartun konsep.

Sumber : Gambar bersiri
Menstruktur/
Menstruktur semula
( 40 min)
Kisah Rambutan dan Tembikai
- Bercerita menggunakan gambar bersiri.

- Soal murid :
a) Mengapa tembikai ingin berada di atas?
b) Adakah sesuai tembikai berada di atas? Mengapa?
- Meminta murid melakukan simulasi dalam kumpulan
- Murid mendengar cerita.


-Murid memberikan respon.


- Murid melakukan simulasi dalam kumpulan menggunakan kreativiti mereka.
Strategi / teknik :
- bercerita


- soal jawab




- simulasi

Sumber : Gambar bersiri
Aplikasi idea
(10 min )
Bina cerita
- Memaparkan kad ayat tunggal di papan tulis.
- Murid membaca kad ayat tunggal.
- Menyusun kad ayat menjadi cerita.
- Membaca cerita yang lengkap.
- Menulis nombor pada ayat dan gambar mengikut urutan cerita yang betul.
Strategi / teknik :
-ingat kembali
-aktiviti kumpulan


Sumber :
-Kad ayat tunggal
-lembaran kerja


Refleksi/ penutup
( 5 min )

Carta Alir

- Memaparkan kad imbasan pada murid.

-Memaparkan carta alir

- Membaca dan menyebut perkataan pada kad imbasan.
- Perbincangan secara kelas bagaimana meletakkan perkataan yang sesuai pada carta alir yang dibina oleh guru berdasarkan cerita yang didengari.
- melengkapkan carta alir
Strategi / teknik :
- ingat kembali
- soal jawab secara kelas.






Sumber :
- carta alir
- lembaran kerja




REFLEKSI PENGAJARAN

Pelajaran  :
Pada sesi akhir pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati 12 daripada 20 orang murid boleh bercerita dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggaL serta menggayakan aksi rambutan dan tembikai dengan kreativiti masing-masing. 6 orang murid diberi bimbingan dan 2 orang murid diberi pemulihan.

Kelebihan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung :
    Murid-murid telah menunjukkan minat terhadap gambar bersiri yang dipaparkan oleh guru. Murid-murid bersikap aktif semasa respon terhadap gambar bersiri tersebut. Teknik ini telah menarik minat dan perhatian dengan berkesan kerana murid-murid suka akan gambar-gambar.
      Aktiviti simulasi dalam kumpulan menggunakan kreativiti masing-masing merupakan aktiviti yang menarik. Murid-murid suka berlakon. Aktiviti ini dapat membolehkan murid-murid mengamalkan sikap bekerjasama antara satu sama lain. Selain itu, murid-murid dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan dan saling memberi atau menerima pandangan daripada rakan.

Kelemahan yang wujud dalam sesi pengajaran dan pembelajaran :
Saya menghadapi masalah dalam fasa 3 iaitu aplikasi idea. Saya dapati murid kurang mahir menyusun kad ayat menjadi cerita. Murid tidak yakin untuk menyusun kad dengan betul. Selain itu, murid-murid tersebut juga tidak dapat membaca cerita dengan lancar.
Selain itu, murid-murid tersebut menghadapi masalah melengkapkan carta alir secara individu. 

Cara untuk memperbaiki kelemahan yang ada :

           1)                   Fasa ke 3 ( aplikasi idea ) :
Murid sepatutnya telebih dahulu membaca kad ayat yang ada secara berulang-ulang sebagai latih tubi.  Apabila murid telah mahir membaca dan memahami ayat, barulah aktiviti menyusun kad boleh dilakukan. Ini akan membantu murid kerana adanya proses ingat kembali yang berlaku. Kumpulan yang menghadapi masalah ketika menyusun kad memerlukan bimbingan daripada guru.

            2)                   Fasa ke 4 ( penutup / refleksi ) :
Kad ayat yang telah disusun dalam aktiviti sebelumnya perlu dipaparkan di papan tulis. Ini dapat membantu murid yang masih kurang mahir membaca untuk melengkapkan carta alir yang diberikan sebagai tugasan individu. Guru juga perlu memberikan perhatian yang lebih kepada murid-murid yang terlibat.

Cara untuk memperbaiki kelemahan yang ada :

            1)                   Fasa ke 3 ( aplikasi idea ) :
Murid sepatutnya telebih dahulu membaca kad ayat yang ada secara berulang-ulang sebagai latih tubi.  Apabila murid telah mahir membaca dan memahami ayat, barulah aktiviti menyusun kad boleh dilakukan. Ini akan membantu murid kerana adanya proses ingat kembali yang berlaku. Kumpulan yang menghadapi masalah ketika menyusun kad memerlukan bimbingan daripada guru.

           2)                   Fasa ke 4 ( penutup / refleksi ) :
Kad ayat yang telah disusun dalam aktiviti sebelumnya perlu dipaparkan di papan tulis. Ini dapat membantu murid yang masih kurang mahir membaca untuk melengkapkan carta alir yang diberikan sebagai tugasan individu. Guru juga perlu memberikan perhatian yang lebih kepada murid-murid yang terlibat.




No comments:

Post a Comment